KUALA LUMPUR 1 Okt. – Koperasi Barisan Usahawan Berhad (Kopbaris) baru-baru ini telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bagi membangunkan sebuah Central Kitchen. Pengerusi Kopbaris, Fabian Gan berkata, Central Kitchen bermatlamat mewujudkan usahasama strategik bagi membolehkan pencapaian operasi yang lebih cemerlang selaras dengan pengiktirafan sijil halal, standard Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) dan persijilan keselamatan dan kebersihan pengendalian makanan serta minuman. Di samping…










