KUALA LUMPUR 4 Okt. – Kerajaan perlu mengekalkan dasar ekonomi semasa, terutama berkaitan pencukaian, dalam usaha menyediakan persekitaran yang stabil di samping mewujudkan sentimen lebih baik untuk pasaran global, kata Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus, Liew Ooi Hann. Beliau berkata dalam memutuskan sama ada untuk terus menggunakan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan, kerajaan seharusnya terlebih dahulu mempertimbangkan kestabilan sistem cukai berkenaan untuk ekonomi Malaysia…










