PUTRAJAYA 3 Okt. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata kesediaan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk hadir pada Kongres Maruah Melayu (KMM), Ahad ini bukan satu isu yang perlu diperbesarkan. Waytha Moorthy yang memegang portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial berkata sebagai ketua negara, Dr. Mahathir hanya mahu berucap kepada komuniti Melayu, dan itu bukan satu masalah. “Itu okey, tidak ada masalah untuk Perdana Menteri…










