KANGAR 8 Okt. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri mematahkan cubaan sindiket menyeludup minuman keras bernilai lebih RM3.2juta termasuk cukai dengan menggunakan kontena berhampiran bulatan Padang Besar dekat sini, pada 2 Oktober lalu. Turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 petang itu adalah tiga lelaki warga Thailand berumur antara 31 sehingga 59 tahun. Hasil maklumat awam dan risikan, kenderaan yang membawa minuman keras itu telah dapat dipintas oleh sekumpulan anggota pasukan tersebut sebaik sahaja melepasi pintu sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Padang Besar. Pengarah Kastam negeri, Wan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya