LONDON 4 Okt. – Tottenham dilaporkan semakin bimbang dengan keadaan semasa yang menyaksikan Harry Kane berkemungkinan meninggalkan kelab itu pada musim panas ini. Kekecewaan Kane semakin memuncak selepas beberapa siri kegagalan dalam pertandingan yang disertai. Spurs tewas kepada Leicester dan Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris selain dimalukan pasukan kerdil, Colchester dalam aksi Piala EFL. Mereka juga gagal mengekalkan kelebihan dua gol selepas terikat seri 2-2 dengan Olympiakos dalam saingan…










