KUALa LUMPUR 3 Okt.- Sebanyak 178 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan atas pelbagai kesalahan dalam operasi khas di Jalan Pahang, di sini semalam. Dalam operasi yang disertai 50 pegawai dan anggota JPJ bermula kira-kira pukul 8 malam sehingga awal pagi ini, sebanyak 356 kenderaan telah diperiksa. Menerusi operasi itu, sebanyak 178 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin…










