PENTING untuk masyarakat Islam bersatu dalam ummah serta berlandaskan ajaran Islam sebenar demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Dr. Rosli Yaakop berkata, bidang ekonomi menurut konteks Islam adalah luas dan amalan berniaga dalam Islam telah lama berlangsung sejak zaman berzaman. Katanya, Islam tidak menghalang umatnya berniaga, namun menegah sama sekali amalan riba. “Berniaga atau menjalankan aktiviti ekonomi merupakan fardu…









