SHAH ALAM 3 Okt. – Sempena ulang tahun bandar raya ini yang ke-19, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pelbagai insentif untuk dinikmati oleh masyarakat khususnya kepada penduduknya. Insentif ini merupakan tanda penghargaan dan terima kasih MBSA kepada para pemegang taruh khususnya warga kota Shah Alam yang telah bersama-sama menjadikan bandar raya ini sejahtera, aman dan harmoni. Ketua Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, insentif yang diberikan…










