KLUANG 4 Okt. – Seorang ibu tunggal mengharapkan bantuan orang ramai bagi membolehkan anak bongsunya menjalani pembedahan secepat mungkin kerana menghidap penyakit Rheumatic Fever iaitu kerosakkan injap jantung. Fauziah Abd. Hamid, 49, yang menetap di Kampung Melayu 2, di sini ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata, kos rawatan yang diperlukan bagi membiayai pembedahan itu adalah sebanyak RM50,000. “Anak bongsu saya, Affendi Irfan Roslee, 14, menghidap penyakit kerosakan injap jantung…










