Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) baru sahaja menjalankan mesyuarat agung tahunan ke-72 di Pusat Pendidikan Alam Sekitar atau dikenali sebagai Ecocare Centre, Kertih, Terengganu. Mesyuarat itu dihadiri ahli-ahli dari 11 cawangan MNS di seluruh negara. Dalam mesyuarat agung tahunan MNS kali ini banyak perkara dibincangkan berkaitan pemuliharaan alam semula jadi dan cabaran yang dihadapi. Antara perkara yang paling penting ialah rakyat Malaysia mesti dididik secara sistematik bagi memahami kepentingan alam…









