HONG KONG 6 Okt. – Polis Hong Kong menembak gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang mengabaikan larangan topeng muka meskipun separuh stesen bawah tanah kekal ditutup. Kebanyakan penunjuk perasaan berarak dalam hujan pada kedua belah Victoria Harbour sementara polis bertembung dengan pemprotes di beberapa lokasi. Seorang pemandu teksi dipukul teruk di daerah Sham Shui Po selepas melanggar penunjuk perasaan yang berkumpul. Menurut saksi kejadian, dua wanita dilanggar kereta dengan seorang tersekat antara kereta dan kedai. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya