SEREMBAN 8 Okt. – Kira-kira 2,000 penduduk di Taman Forest Heights dekat sini memohon pihak berkuasa mendirikan menara pemancar telekomunikasi di kawasan perumahan itu untuk kemudahan orang ramai. Mereka mendakwa ketiadaan menara itu menyebabkan liputan telefon bimbit adalah terhad dan pelbagai urusan dalam talian tidak dapat dilaksanakan oleh penduduk. Setiausaha Persatuan Penduduk Forest Bayu di Precincts 4 taman itu, Muhammad Fadlay Salim berkata, permohonan penduduk mengenainya sudah diajukan kepada pemaju…