KUALA LUMPUR 3 Okt. – Fasa peralihan monsun yang membawa hujan lebat dan ribut petir dijangka tidak membawa banjir besar, sebaliknya berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata dalam tempoh itu, hujan lebat hanya berlaku pada waktu petang dalam masa yang singkat di kebanyakan kawasan negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah,…










