KUALA LUMPUR 8 Okt. – Berita gembira untuk peminat motosikal Yamaha, model Ego Avantiz kini didatangkan dalam warna-warna baharu menarik. Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan, warna-warna tersebut ialah merah (red), biru (blue dan cyan) dan kelabu (matt grey) yang sudah berada dalam pasaran mulai bulan ini. Lebih menggembirakan, harga jualan bagi model berkenaan tetap sama iaitu RM5,536 tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans. –…










