PASIR PUTEH 3 Sept. – Penderitaan lima beranak yang hilang tempat bergantung di Kampung Bukit Tanah, Semerak, dekat sini hari ini mendapat pembelaan daripada sebuah pasar raya di sini yang membekalkan barangan keperluan untuk tempoh sebulan. Malah keperluan utama Shah Ahmad Nizam Salleh, 36, yang lumpuh selepas jatuh dari pokok kelapa Julai lalu iaitu susu berkhasiat serta lampin pakai buang dibekalkan secukupnya untuk satu tempoh yang agak lama. Barangan keperluan…










