BERLIN 4 Okt. – Borussia Dortmund digesa untuk kembali mencari sentuhan penyudah berkesan bagi melenyapkan segala kritikan bagi kembali berada dalam persaingan kejuaraan Bundesliga, hujung minggu ini. Keputusan seri berturut-turut pasukan pertengahan liga, Eintracht Frankfurt dan Werder Bremen membuatkan mereka berada di kedudukan kelapan liga. Mereka ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Bayern Munich dalam persaingan sengit yang menyaksikan lima pasukan dipisahkan dengan hanya satu mata dengan juara bertahan itu.…










