HULU SELANGOR 4 Okt. – Peristiwa diberi `penyapu’ daripada kerajaan negeri Selangor kerana gagal mencapai sasaran kutipan hasil cukai semasa dan tunggakan antara yang tidak mungkin dilupakan Yang Dipertua (YDP) dan kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Anugerah Khas sebatang penyapu yang diikat riben itu disampaikan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kepada YDP MDHS Tukiman Nail ketika itu pada majlis anugerah sempena Bulan Kualiti 2007…










