MUAR 4 Okt. – Pakatan Harapan (PH) belum lagi memutuskan nama calon yang akan mewakili dan mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Kecil (PRK), bulan depan. Bagaimanapun, Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui sudah ada beberapa nama yang dilihat berpotensi untuk dipilih sebagai calon kawasan parlimen itu. “Hari ini tidak lagi (bincang senarai calon). (Tetapi) itu satu perkara yang kita selalu ambil perhatian. Kita sudah ada…










