SEMALAM, muka depan akhbar Kosmo! memaparkan nasib seorang mangsa buli terbela apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Terengganu mengarahkan sembilan defendan termasuk lima pembuli membayar ganti rugi sebanyak RM616,634 kepadanya. Dalam kejadian yang berlaku empat tahun lalu, mangsa telah dibuli (ditampar, dipukul dan ditendang) oleh lima orang pelajar senior Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus (Sesma) selama tiga jam di dalam bilik asrama ketua pengawas sekolah. Akibatnya, mangsa yang ketika…