LONDON 7 Okt – Cuaca sejuk dan hujan tidak mematahkan semangat pengumpul kasut yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk memiliki sepasang kasut terbaharu Adidas, Blackburn SPEZIAL yang dilancarkan Jumaat lalu.
Daily Mail melaporkan, selepas sejam dijual, kasut edisi terhad itu boleh didapati di laman eBay, namun pada harga jauh lebih tinggi iaitu 58,000 pound (RM299,602) sepasang bagi kasut bersaiz lima.
Peminat fanatik jenama yang cukup popular itu sanggup berkhemah di tepi jalan sejak Selasa minggu lepas demi mendapatkan kasut tersebut.
Berita berkaitan:
Hanya 160 pasang Blackburn SPEZIAL dijual di gedung rasmi Adidas, mengakibatkan peminatnya sanggup membida pada harga ribuan pound di laman eBay untuk memastikan mereka dapat memiliki kasut itu.
Ramai yang ingin memiliki kasut yang berharga 100 pound (RM517) itu untuk menyimpan kotaknya sebagai koleksi peribadi mereka.
Berdasarkan informasi yang ditulis pada laman web Adidas, kasut berkenaan diinspirasikan daripada gaya utara Britain dan bunga ros Lancashire.
Selain itu, sebahagian hasil jualannya akan disalurkan kepada golongan kurang bernasib baik di pertubuhan kebajikan Nightsafe.– AGENSI
“Kami bersyukur pertubuhan kami terpilih untuk mendapat manfaat daripada jualan kasut itu dan jualan itu menjadi cara terbaik meningkat kesedaran tentang gelandangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Nightsafe, Jan Larkin.– AGENSI











