JOHOR BAHRU, 4 Okt. – Sebanyak 48 rekod kebangsaan berjaya dipecahkan dalam Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Siri Dua 2019 di pusat membeli-belah U Sentral Segamat, yang berakhir dua hari lepas. Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ayub Rahmat berkata daripada jumlah itu, 12 rekod senior dan sembilan rekod junior kebangsaan kategori lelaki diperbaharui, sementara kategori wanita pula melibatkan 14 rekod senior dan 13 rekod junior kebangsaan. “Antara rekod diperbaharui adalah…










