BACHOK 5 Okt. – Keperihatinan terhadap anak-anak yatim tidak sekadar melibatkan wang ringgit, malah turut memerlukan curahan kasih sayang kerana itu lebih diperlukan mereka yang hilang tempat bergantung. Pengerusi Volunteer I Care (VIC) Mohammad Afiq Aiman Sukry berkata, amalan menjenguk, bertanya khabar dan berinteraksi dengan anak-anak yatim lebih bermakna selaras tuntutan agama membela kebajikan mereka dalam skop yang lebih global. Hari ini katanya, VIC bersama dermawan berjaya meluangkan waktu menyantuni…










