KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan akan menyenaraikan pemain yang jarang diturunkan dalam kesebelasan utama menjelang aksi persahabatan menentang Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur esok. Cheng Hoe dilihat perlu melakukan percaturan alternatif dalam mencongak ramuan terbaik Harimau Malaya untuk aksi menentang Sri Lanka, memandangkan beberapa pemain utama mengalami kecederaan. Lebih parah, lima hari kemudian, anak-anak buah Cheng Hoe perlu menghadapi aksi Kumpulan…










