PELUMBA Moto2 negara, Adam Norrodin mahu menggunakan pengalaman terbaik di Litar Antarabangsa Chang, Buriram sebagai pemangkin semangat untuk tampil cemerlang menjelang Grand Prix (GP) Thailand yang membuka tirai pada hujung minggu ini. Pelumba Petronas Sprinta Racing tersebut kembali ke kancah perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas menggantikan tempat Khairul Idham Pawi yang masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan tangan kanan. Bagaimanapun, aksi pertamanya pada GP Aragon tidak berakhir…










