Zidane akan beredar jika hilang sokongan - Utusan Malaysia

Zidane akan beredar jika hilang sokongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 21 Sept. – Zinedine Zidane percaya dia masih menerima sokongan daripada Real Madrid tetapi mengakui akan beredar sekiranya hilang sokongan daripada kelab.

Masa depan Zidane menjadi persoalan selepas kekalahan buruk 0-3 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara.

Kekalahan itu hadir selepas permulaan buruk di dalam La Liga yang menyaksikan Madrid meraih dua kemenangan dan dua keputusan seri menentang Celta Vigo, Real Valladolid, Villarreal serta Levante.

Selepas kembali dari Paris, Zidane memberikan cuti sehari kepada pemain pada hari Khamis dan keputusan itu mengejutkan pengurusan tertinggi kelab.

“Kelab membantu kami menjadi lebih kuat dan memberi sokongan kepada semua pekerja di sini.

“Seandainya tidak menerima sikongan, saya akan meninggalkan kelab ini,” kata Zidane.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×