PUTRAJAYA 28 Sept. – Terdapat gerakan cuba memburukkan reputasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Mujahid berkata, sebagai contoh, kes cop halal pada tin makanan berasaskan khinzir yang berlaku pada 2014 ditularkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab walaupun telah dinafikan. “Saya hairan hari ini seolah-olah ada gerakan yang hendak pertikaikan reputasi JAKIM dalam pensijilan halal. Contohnya…









