MALE 2 Sept. – Kumpulan ekstremis tempatan berkait Al-Qaeda bertanggungjawab pembunuhan tiga orang terkemuka Maldives termasuk wartawan yang hilang lebih lima tahun lalu. Ketua Suruhanjaya Presidential bagi Siasatan Pembunuhan dan Penguatkuasaan Kehilangan, Husmu AlSuood berkata, wartawan laman web Minivan News, Ahmed Rilwan Abdulla diculik pada 8 Ogos 2014 dan dibunuh di laut. Katanya, Rilwan sebelum itu menerima ancaman bunuh daripada kumpulan beroperasi menggunakan nama Bilad-al-Sham di Facebook. “Kumpulan itu juga…










