Menerusi seorang pemilik akaun dikenali @anisahmb, dua petugas konsesi lebuh raya itu sedang membuka penghadang besi dipercayai untuk membuka laluan kontra. Menerusi video berdurasi 10 saat itu kerja-kerja membuka penghadang tersebut dilakukan di Kilometer 187.9 Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang tadi sebuah treler terbabas lalu terbalik dan melintang di tengah lebuh raya tersebut sehingga menutup semua lorong. Keadaan itu menyebabkan kenderaan menghala utara terpaksa menunggu lebih tiga jam dan ada segelintir pemandu menggunakan lorong kecemasan bagi mengelak kesesakan. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya