RAMAI yang mengetahui kebaikan sayur organik, tapi untuk membelinya di pasar raya harganya boleh membuatkan beg duit `bocor’. Tambahan pula jika ahli keluarga ramai, maka untuk membeli sayur organik amatlah membebankan. Tanam sendiri sayur di rumah pula, alahai kurusnya jika tidak dibubuh baja kimia yang dibeli di kedai. Jadi, apa cara untuk gemukkan pokok tanpa beli baja? Salah satunya adalah dengan mengitar semula sisa makanan di rumah untuk dijadikan baja…