DEWAN 2020, di Kangar, Perlis malam tadi dipenuhi ribuan penyokong UMNO dan Pas yang berbaju serba putih kerana menghadiri Ceramah Muafakat Nasional kedua-dua parti itu. Bendera UMNO dan Pas pula berkibar seiring, di dewan yang sinonimnya berlangsung program-program UMNO sebelum ini. Manakala anggota Jabatan Amal Pas dan Skuad Sabil yang baharu ditubuhkan oleh UMNO itu juga bekerjasama erat bagi memastikan kelancaran program tersebut. Muafakat UMNO dan Pas itu ternyata telah…










