KAHERAH 20 Sept. – Lebih dua juta penduduk Genting Gaza terpaksa bergelut dengan masalah bekalan elektrik yang hanya disalurkan tiga jam sehari selain hospital, sekolah, pusat kebersihan dan pertanian beroperasi menggunakan sumber elektrik terhad serta tidak terjamin yang dikawal oleh kuasa politik. Bagi Majd Mashharawi, 25, sesuatu perubahan perlu dilakukan walaupun dia sedar kekangan dihadapinya sebagai wanita dalam budaya yang mementingkan kaum lelaki, peluang pekerjaan menjadi terhad dan lebih banyak…










