BERLIN – Seekor ular berbisa yang terlepas daripada kurungan selama lima hari dan me;nimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat akhirnya berjaya ditangkap kelmarin. Ular tedung jenis monocled itu ditemui di laluan masuk ke tingkat bawah sebuah kediaman sebelum pakar ular dipanggil dan menangkap reptilia itu, menurut pihak berkuasa tempatan. Ular Asia dengan ukuran hampir satu meter panjang itu melepaskan diri daripada kurungan pada Ahad lalu, menimbulkan panik dalam kalangan penduduk setempat di barat bandar Herne. Sebanyak empat buah rumah terpaksa dikosongkan sementara waktu dan penghuninya diminta menutup tingkap-tingkap kediaman serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya