ALOR SETAR 2 Sept. – Sebanyak RM251 juta bayaran Notis 5A atau premium tanah membabitkan syarikat-syarikat, pemaju, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan masih belum dijelaskan sehingga kini. Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihak berkuasa negeri bercadang untuk membatalkan kelulusan permohonan mana-mana pihak sekiranya mereka gagal menjelaskan bayaran premium tanah tersebut. Menurutnya, tunggakan terbabit membabitkan sebanyak 480 permohonan yang telah diluluskan oleh pejabat tanah dan…










