KYOTO 6 Sept. – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Persuratan Kemanusiaan oleh Doshisha University, Jepun, di atas sumbangannya terhadap pendidikan dan kedaulatan undang-undang. Presiden Doshisha University, Takashi Matsuoka berkata semasa Dr. Mahathir memegang jawatan perdana menteri dari 1981 hingga 2003, beliau telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang bukan sahaja menyaksikan lebih 15,000 penuntut dan pelatih Malaysia dihantar ke Jepun tetapi juga menyumbang kepada pembinaan negara Malaysia. Beliau berkata, sejak menerajui pakatan (Pakatan Harapan) dan memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-14 tahun lepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya