PONTIAN 21 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama-sama kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah untuk Allahyarham Datuk Dr.Farid Md.Rafik di Masjid Jamek Datuk Nooh Gadot Serkat, di sini pukul 3.30 petang ini. Yang turut sama menunaikan solat jenazah isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali selain Menteri Besar, Datuk Dr.Saharuddin Jamal, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Marzuki Yahya dan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor,…










