KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kurang dua hari menjelang pertembungan menentang Malaysia, Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) menyuarakan keresahan apabila tidak sampai 40,000 tiket terjual sedangkan Stadium Bung Karno di Jakarta mampu menampung sehingga 80,000 penonton. Pelbagai usaha dilakukan bagi mengalakkan penyokong memenuhkan stadium, termasuk memberi diskaun 20 peratus untuk 3,000 tiket yang dibeli menerusi aplikasi Garuda Sport bermula 31 Ogos hingga 1 September lalu, namun masih gagal meningkatkan jualan…










