LONDON 2 Sept. – Jurgen Klopp tidak akan memberitahu Mohamed Salah apa yang perlu atau tidak boleh dilakukan selepas penyerang Mesir itu menjadi sasaran kemarahan rakan sepasukannya, Sadio Mane semalam. Mane naik angin ketika pasukannya menewaskan Burnley 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas Salah enggan menghantar bola kepadanya ketika dia berada pada kedudukan baik untuk menjaringkan gol keempat pasukan. Tindakan Mane itu menjadi tajuk utama akhbar Britain sehingga menenggelamkan…










