KUALA TERENGGANU 3 Sept. – Pengenalan pemakaian patuh syariah terhadap atlet beragama Islam yang mewakili negeri ini hanya akan dilaksanakan selepas kerajaan negeri menyediakan jalan penyelesaian terbaik terhadap seluruh aspek sukan dan lain-lain perkara. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya tidak mahu mengambil pendekatan terburu-buru kerana konsep patuh syariah itu perlu dilihat dalam konteks yang luas dan bukan hanya…










