Baru-baru ini Malaysia kecoh apabila Mahkamah Koroner di Johor Bahru memutuskan kematian seorang pelajar Madrasah Tahfiz al-Jauhar (MTAJ), Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Ghaddafi, 11, adalah disebabkan komplikasi berkaitan kencing tikus. Kencing tikus atau dikenali sebagai Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria Spirochaete dalam genus Leptospira yang amat berbahaya kepada manusia. Kira-kira 13 spesies bakteria Leptospira patogenik berbeza terdapat di sekitaran yang dikenal pasti boleh menjangkiti manusia.…










