ISKANDAR PUTERI – Seorang suri rumah kerugian kira-kira RM2,000 selepas disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal Honda EX5 dalam kejadian di Jalan NJM 2/3,Taman Nusa Jaya Mas, Skudai di sini pagi semalam. Dalam kejadian pada pukul 11.03 pagi itu, wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu turut mengalami kecederaan pada lutut kaki kiri dan tapak tangan kanan selepas jatuh ketika bergelut dengan suspek. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian, mangsa sedang berjalan kaki untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah berhampiran rumah mereka. Menurutnya, mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya