TAHUN 2019 bakal menyaksikan Malaysia merayakan dan mengingati Hari Malaysia yang ke-56. Mengimbau sejarah, sudah terlalu banyak yang telah kita capai selepas tarikh keramat 16 September 1963 dengan terpateri penubuhan Persekutuan Malaysia dirasmikan serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pada ketika itu. Walau sudah lama berlalu, semangat patriotisme ini perlu terus dipertahan dan disuburkan dari semasa ke semasa dalam agenda mempertahankan kelangsungan negara. Sejarah tercipta dengan…










