KUALA LUMPUR 28 Sept. – Permainan sekumpulan pihak tertentu membeli rumah secara pukal dengan niat untuk menjualnya pada masa akan datang menjadi punca kepada kenaikan harganya. Hal ini menyebabkan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 masih tidak mampu memiliki kediaman sendiri terutama sekali bagi mereka yang tinggal dalam kawasan atau berhampiran pusat bandar. Malah, harga rumah juga dikatakan tidak menunjukkan penurunan sejak 10 tahun lalu dan perbezaan kemampuan wujud jika dibandingkan…