KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih kekal dengan keputusan untuk tidak berentap dalam pertandingan nyanyian berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL). Siti Nurhaliza Tarudin, 40, berkata, setakat ini dia masih kekal dengan pendirian untuk merehatkan diri daripada menyertai pertandingan tersebut. Menurutnya, dia telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang sama dan belum berfikir untuk mengubah pendirian. “Kenyataan saya sama seperti sebelum ini. Setakat ini keputusan saya masih tetap untuk berehat daripada bertanding dalam AJL. “Sehingga kini saya masih berpegang dengan keputusan itu,” katanya kepada Kosmo! Online.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya