KUALA LUMPUR 11 Sept. – “Beri kami peluang untuk jernihkan keadaan rumah tangga kami.” Itu kata pelakon drama bersiri Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd. Famir ketika ditemui pemberita di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas sebutan permohonan cerainya terhadap suaminya, Mohammad Hykal Zulkifli, 37. Lebih mesra disapa dengan panggilan Nina, 36, pelakon itu memberitahu permohonan cerai itu difailkan pada Ogos lalu dan merupakan permohonan kali ketiga. Dua permohonan…