JOHOR BAHRU 28 Sept. – Polis digesa untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam, semalam yang merumuskan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim dipukul sekumpulan lelaki. Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, tindakan segera perlu diambil terhadap suspek yang menyebabkan kematian Allahyarham. Sehubungan itu pihaknya turut mendesak beberapa individu untuk meletak jawatan dan membuat permohonan maaf secara terbuka. “Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas…










