KUALA LUMPUR – Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan yang mengambil inisiatif supaya sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan secara online sekiranya masalah jerebu di negara ini masih berlarutan. Pengerusinya, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, beliau memuji usaha yang dijalankan oleh kementerian berkenaan kerana dapat memanfaatkan teknologi maklumat seperti internet untuk sesi PdP dan menyifatkan ia sebagai langkah yang bagus. Namun, beliau turut…










