Skala pencapaian bintang Hollywood bersama Lizzo seumpama bom jangka yang mampu menggoncangkan peminat global. Selama ini, dia cuma memerlukan masa untuk meledak dikenali dan meroket tinggi menjulangkan nama. Ironi, Lizzo atau nama sebenarnya, Melissa Viviane Jefferson bukan tipikal bintang pop Hollywood yang memiliki paras menawan dan saiz tubuh menggiurkan. Luarannya, dia hanya seorang wanita berusia 31 tahun yang bertubuh gempal. Namun, apa yang diperdagangkan dalam industri sungguh luar biasa. Lizzo…










