KISAH cendolnya pernah tular. Kecoh netizen dengan kata-kata masing-masing di laman maya. Ada yang memberi komen pedas, ada juga yang menyokong peniaga berkenaan. Hakikatnya, cendol yang ditularkan dalam media sosial itu adalah menu istimewa yang ditambah beberapa ulas durian premium, Musang King. Malah, harga cendol yang dijual di gerai Raja Cendol Taming Sari, Melaka itu memang sedia dipamerkan dalam menu mengikut jenis durian. Berdasarkan dua faktor itu, tidak hairan jika ramai netizen menyokong pemilik gerai berkenaan, Muhammad Ariff Qayyum Mohd. Zamri dan berpendapat harga RM38 untuk semangkuk cendol Musang King…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya