KUALA LUMPUR 30 Ogos – Usaha Sama GS Sdn. Bhd., syarikat pengeluar segi tiga diod pemancar cahaya (LED) keselamatan tempatan berhasrat untuk membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Malaysia menerusi produk SuperSafe LED Warning Triangle. Pengarah dan Pengasas Usaha Sama GS, Datuk Hasmi Zaidi Basod berkata, segi tiga keselamatan keluaran syarikatnya didatangkan dalam dua saiz iaitu bersaiz kecil untuk kereta dan saiz besar bagi kenderaan berat seperti lori dan bas.…










