KETUA Jurulatih skuad bawah 16 (B-16) negara, P. Maniam mahu anak-anak buahnya memberi tumpuan penuh pada aksi terakhir peringkat Kumpulan J menentang Jepun bagi saingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-16 2020 di Laos hari ini. Reputasi skuad B-16 negara yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-15 di Thailand bulan lalu direntap apabila tewas mengejut 0-1 kepada pasukan tuan rumah, Laos kelmarin.…








